ENGLISH | BAHASA

MESEJ DARI CEO

Mesej Dari CEO

Salam Sejahtera. Salam 1Malaysia.

Selama 14 tahun yang lalu, SSTCA telah secara aktif bergiat dalam latihan kemahiran dan pendidikan di Malaysia, bersama dengan beribu institusi pendidikan dan latihan teknikal dan latihan (TVET) yang lain, baik swasta mahupun awam.

Apabila Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, keperluan untuk pekerja kemahiran terus meningkat. Kini, pekerja kemahiran di Malaysia masih rendah, iaitu 28%, berbanding dengan Korea Selatan 36%, Finland 44%, dan Singapura 49%. Di bawah RM ke-11 (2016-2020), 60% pekerjaan dalam semua sektor memerlukan kemahiran khusus dalam TVET.

Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan tahniah kepada pelajar dan ibu bapa untuk memilih latihan kemahiran (TVET) sebagai kerjaya mereka, berbanding aliran akademik konvensional.

Memandangkan "Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia" Kementerian Pelajaran yang mengiktiraf kepentingan mengembangkan potensi pelajar dalam pelbagai minat, kemahiran dan keupayaan, SSTCA telah mengambil banyak inisiatif termasuk membangun kursus unik untuk memenuhi keperluan khusus industri, mengajar pelajar berbahasa Inggeris dan Mandarin, dan menyampaikan kemahiran penting yang lain seperti komunikasi dan pembelajaran atas talian.

SUGUNADEVI ARJUNAN
FOUNDER CHAIRMAN & CEO
SST & CONSULTANCY ACADEMY (SSTCA)

SSTCA juga telah mengambil inisiatif berani untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan, terutamanya untuk menjalin penglibatan yang bermakna dengan industri dan bakal majikan dalam reka bentuk dan penyampaian program kami.

Sebagai Pusat Latihan Kemahiran yang diluluskan, kami sentiasa cuba memahami apa yang "pelanggan" kami inginkan. Bagi pelajar kami, mereka tidak sabar-sabar untuk diilhamkan dan didedahkan kepada pasaran kerja, dan yang lebih penting, mereka mahukan peluang pekerjaan yang terjamin setelah menamatkan pengajian mereka.

Atas sebab ini, SSTCA bertekad untuk bekerjasama erat dengan industri dan majikan yang berpotensi, untuk memastikan program kami berhubungkait dengan industri dan diiktiraf. Kami tidak menafikan, penglibatan industri secara aktif dalam latihan dan pendidikan pelajar akan mengubah mereka menjadi pekerja kemahiran yang kompeten. Ini akan meningkatkan lagi kebolehpasaran pelajar.

SSTCA akan tetap teguh dalam komitmen kami kepada negara untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan kompeten, menikmati pendapatan tinggi, selaras dengan aspirasi TN50. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BPTV (MOE) dan PTPK (MOHR) atas sokongan dan penajaan mereka. Kami berharap BPTV dan PTPK akan terus menghantar pelajar tajaan mereka ke SSTCA pada tahun 2018 dan seterusnya.

Saya berterima kasih kepada semua pihak atas sokongan, bantuan dan galakan mereka.